PODCAST SEMBANG STEM
M Shafiq, pengasas Creative Minds dan MySTEMPortal kini mengelola Sembang STEM Podcast berbual dengan guru-guru STEM di Malaysia tentang pengalaman dan inspirasi mereka menjadi pendidik kepada pemimpin-pemimpin masa depan
Episod Terbaru
10 – Cikgu Amerul | Juara Tech Titan Challenge 2024 dari Kota Tinggi
Jom kita menonton temuramah Cikgu Amerul dari Bandar Penawar, Johor. Cikgu Amerul merupakan pemenang utama dalam pertandingan inovasi TM Future Skills Tech Titans Challenge 2024 yang diadakan di MMU Cyberjaya. Saksikan temuramah Sembang STEM dari pejabat Creative Minds di Kajang,[...]
09 – Cikgu Mimi | Dari RBT ke pentas Edutech Asia berkongsi inovasi
Cikgu Mimi merupakan guru yang berpengalaman dalam matapelajaran RBT tetapi bergiat aktif dalam program-program STEM di Malaysia. Beliau begitu kreatif dalam melaksanakan aktiviti di kelas dan terpilih untuk berkongsi pengalaman beliau di EduTech Asia (Singapura) 2024. Saksikanlah episod terbaru Sembang[...]
08 – Dr AJ | Pensyarah kejuruteraan berkongsi tentang proses rekacipta
Episod kali ini kita bersama pensyarah dari universiti awam di Malaysia menceritakan tentang proses dan rangka kerja sebuah rekacipta. Dr AJ atau nama beliau Dr Mohd Fadhil Harfiez merupakan pensyarah dan mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Jom saksikan episod[...]
07 – Cikgu Nurul Hizan | Pengalaman mengajar melalui DidikTV
Kenali Cikgu Nurul Hizan dari Kedah yang berkongsi pengalaman beliau mengajar melalui DidikTV. Guru Cemerlang Sains ini begitu aktif di sosial media dan minat mengajar menjadikan beliau guru yang dihormati. Saksikanlah episod terbaru Sembang STEM yang bersiaran terus dari Jitra,[...]
06 – Pn Wan Nurulhuda | Dari Guru ke JPN Kedah memperkasakan TVET
Pn Wan Nurulhuda banyak membantu guru dalam memperkasakan program TVET di Kedah. Beliau juga membantu 20 sekolah luar bandar membawa program STEM bersama Yayasan UEM di Kedah sejak 2023. Bersama kita ikuti pengalaman dan perkongsian beliau di episode podcast Sembang[...]
05 – Cikgu Suhaily | Pengasas Persatuan Guru STEM Malaysia
Sebelum adanya Pusat STEM Negara dan Program Duta Guru, Cikgu Suhaily antara guru yang mempelopori STEM sejak awal lagi. Guru Fizik MRSM ini berkongsi cerita dan pengalaman beliau dalam menubuhkan Persatuan Guru STEM Malaysia. Kali ini kita di pejabat Creative[...]
04 – Cikgu Suhanna | Bawa pelajar ke pertandingan antarabangsa
Episod ini kita menemuramah Cikgu Suhanna dari Melaka. Cikgu Suhanna aktif membawa pelajar ke pertandingan hingga peringkat antarabangsa. Beliau juga banyak belajar bersama-sama murid untuk pertandingan robotik dan innovasi. https://www.youtube.com/watch?v=Paq0c7bMAgg Bahan bacaan perkongsian episode ini
03 – Dr Ihsan Ismail | Pernah menguruskan program Duta Guru STEM
Episod kali ini dirakam khas bersama guru-guru STEM di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Dr Ihsan merupakan bekas Ketua Unit Pusat STEM Negara berkhidmat di IAB banyak memberikan inspirasi dan impak positif dalam bidang pendidikan STEM. https://www.youtube.com/watch?v=2uztWyKcZrs Bahan bacaan perkongsian[...]
02 – Cikgu Syahril | Perlu ke cikgu belajar AI?
Dari Terengganu kita ke Pahang untuk berkenalan dengan cikgu yang pakar dalam AI. Jom kita ikuti cara dan strategi beliau untuk belajar AI. https://www.youtube.com/watch?v=RbL65rChPX8 Bahan bacaan perkongsian episode ini
01 – Cikgu Zafir | Buat STEM Digital Hub pertama di Terengganu
Episod pertama Sembang STEM bersama Cikgu Zafir terus dari Terengganu. Beliau antara cikgu STEM yang banyak menyokong program MySTEMPortal dan kini membina STEM Digital Hub pertama di Terengganu. https://www.youtube.com/watch?v=srXnPRRzyjM&t Bahan bacaan perkongsian episode ini
Kami berminat untuk mencari
Penaja Program
Penaja Program
Anda mahukan pendedahan dalam podcast kami? Kami boleh bantu anda
Saya berminat untuk menaja